KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATAN KUASA FATWA NEGERI PERLIS
KALI KE - 51 / 2021
22 Februari 2021 / 10 Rejab 1442
Bil. 2/51 TAHUN 2021
FATWA TENTANG MESIN PERMAINAN ANAK PATUNG KANAK-KANAKMesin Permainan Kanak-Kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir). Ini adalah kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut. Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian.
Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.
Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa besar.
Seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.