} -->

Fatwa Tentang Mesin Permainan Anak Patung Kanak-Kanak

KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATAN KUASA FATWA NEGERI PERLIS
KALI KE - 51 / 2021
22 Februari 2021 / 10 Rejab 1442
Bil. 2/51 TAHUN 2021

FATWA TENTANG MESIN PERMAINAN ANAK PATUNG KANAK-KANAK

Mesin Permainan Kanak-Kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir). Ini adalah kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut. Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian.

Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa besar.

Seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

-TAMAT-


Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis

Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman

Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat

Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim

Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle

Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman

Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor

Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan

Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin

Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah

Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar

Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin

Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.

About

  رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ

Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

TRENDING